Sembang
Assalamualaikum dan Salam SeriFM,
Terima Kasih kerana mengunjungi SeriFM – Sentiasa di Hati dan semoga kami berupaya menyerikan dunia hiburan anda. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengakses ruang sembang SeriFM, sila layari laman web alternatif kami di http://serifm.blogspot.com atau sekiranya anda mempunyai software MIRC sila gunakan server irc.rakanchat.my atau irc.rakanchat.org dan sila masuk ke ruangan sembang #serifm. Kaedahnya mudah sahaja iaitu dengan memberikan arahan dengan menaipkan /server irc.rakanchat.my atau /server.irc.rakanchat.org dan kemudian taipkan /join #serifm. Kaedah lain bagi mendengarkan serifm adalah dengan menggunakan winamp atau itune dengan url http://serifm.net/listen.pls
Sekiranya anda tidak mahu nick atau nama samaran anda di ruangan sembang serifm digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sila daftarkan dengan memberikan arahan /ns register password email atau /ATTACH password email. Satu email akan dihantar kepada anda dan dapatkan kod di sana dan letakkan di ruang taip sembang serifm untuk verifikasi. Sekiranya email tersebut tidak diperolehi dalam’inbox” anda sila periksa di peti ‘spam”. Semasa anda menggunakan nick tersebut anda perlu membuat pengenalan dengan memberikan password yang anda beri semasa mendaftarkan nick anda. Sila bagi arahan /nick nickanda password untuk menggunakan id anda yg telah didaftar.
Berikut adalah syarat umum untuk bersembang
- Ruang Sembang ini adalah terbuka untuk semua
- Anda diharapkan agar memelihara perkataan anda dengan menggunakan bahasa yang baik semasa bersembang sesuai dengan tatasusila dan cara yang tertentu
- Gunakan kaedah berjenaka yang sesuai sehingga tidak menyentuh hati dan perasaan teman sembang kita. Sekiranya anda telah melanggari batas ini anda digalakkan untuk memohon maaf
Ruangan permintaan lagu boleh di akses melalui http://serifm.net/pintalagu dan lagu permintaan anda akan ditunaikan berserta ucapan atau dedikasi apabila dj ke udara. Anda juga boleh membuat permintaan atau bersembang dengan dj menghantarkan pesanan melalui id yahoo messenger.
Kami menunggu anda di sana
Salam SeriFM dari kami warga staff.






