Skuad Sembang di Gagu dan Muzium Adat
Skuad sembang sekali lagi menyahut cabaran dengan membuat lawatan ke kampung Gagu yang merupakan salah satu program yang diadakan untuk membuat tunjuk ajar kepada masyarakat Kg Gagu berhubung kemudahan IT yang diberikan oleh Media Info Desa atau lebih dikenali sebagai MID. Skuad sembang juga berkesempatan mendapatkan maklum balas daripada pihak MID dan penduduk di kampung Gagu mengenai kewujudan serifm.
Skuad sembang juga berkesempatan untuk mengunjungi Muzium Adat yang terletak di Kuala Klawang, Jelebu atau kira-kira 36 km jaraknya dari Bandar Seremban. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 2005 dan dirasmikan pada 2 Februari 2008 iaitu pada hari sabtu bersamaan 24 Muharram 1429 hijrah.
Kewujudan Muzium Adat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan adalah bersesuaian dan bertepatan dengan identiti Negeri Sembilan sebagai “Tanah Beradat”. Muzium Adat ini merupakan muzium pertama di negara kita yang menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia. Muzium ini turut mengkhaskan satu segmen khusus tentang Adat Perpatih bagi menonjolkan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri beradat.
Skuad sembang juga berjaya menyampaikan mesej kewujudan serifm salah sebuah stesen radio secara online kepada warga muzium disamping membuat beberapa nasihat teknikal kepada mereka. Semoga hubungan yang baik di antara skuad sembang serifm dan warga kerja muzium terus terjalin dengan erat.

Dj Yy sedang membuat penerangan di Muzium Adat
| Print article | This entry was posted by admin on December 14, 2009 at 6:03 pm, and is filed under Aktiviti, Featured. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |





