22 Dis 09 : Seramai 17 orang pengantara radio dan pendengar telah berpeluang membuat lawatan sambil belajar ke angkasapuri pada hari ini.  Semua telah sampai di lokasi tempat letak kereta seawal jam 9 pagi sebelum memulakan siri lawatan.  Setelah menyeranaikan nama dan nombor kad pengenalan masing-masing, kami dibenarkan masuk kira-kira jam 950 pagi.  Pihak serifm ingin mengucapkan ahli-ahli ASFON seramai 6 orang yang mengikuti lawatan tersebut yang masing-masing membawa bersama mereka sebuah kamera untuk merakamkan aktiviti pada hari ini.  Terima Kasih kepada Dj Aus, Dj Syah, Dj Fiq, Dj Syuk yang turut hadir dalam aktiviti kali ini. Peristiwa pada hari ini amat manis untuk dikenangkan kerana dapat bersua dengan teman-teman pengantara radio streaming online yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di arena internet.

Dj Fiq dan Dj Syuk ketika berada di ruang menunggu

Sebaik sahaja kami memasukki lapangan angkasapuri kami diberitahu untuk terus maju ke wisma TV yang menempatkan studio program berita TV, selamat pagi malaysia dan lain–lain studio yang lain.  Namun malangnya semua program TV telah selesai siarannya.  Namun, pihak kami amat berterima kasih kepada Puan Rahmah B yang membawa kami ke sekitar kawasan angkasapuri.  Setinggi-tinggi penghargaan ingin kami berikan kepada wartawan TV yang terkenal dengan nama Paris yang juga memberikan informasi berkaitan aktiviti penyiaran TV dan radio di angkasapuri.  Paris juga merupakan bekas pengantara di radio TraXFM pada sedikit masa lalu memberikan tips serta pengalaman yang berguna kepada para pengantara radio yang hadir.  Antara tipsnya, para perantara yang baik tidak akan mebiarkan radio senyap walaupun dalam 2 saat dan kaedah yang paling baik adalah untuk memutarkan lagu-lagu latar belakang.

Dj Abnor, Dj Syuk dan siapakah personaliti radio ini

Puan Rahmah juga tidak kedekut menyampai kan ilmu, yang banyak memberikan maklumat sejarah dan pengalaman beliau dalam bidang penyiaran.  Dj Aus saya kira antara pengantara yang banyak menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang penyiaran apabila memberikan soalan-soalan yang baik ketika sesi berkenaan.  Uji bakat membaca berita dan radio seperti yang dipinta kepada pihak RTM tak dapat diadakan kerana krew terbabit berada di Melaka kerana sedang dalam mengadakan tugas yang sama di sana.

Dj Fiq, Dj Abnor, Paris dan salah seorang Anggota ASFON sendang bergurau senda

Selain daripada dapat ilmu berhubung penyiaran dan pengantara di studio, kami merasa amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Dj Syuk dan Dj Fiq, yang bersama-sama mengendalikan konti serifm buat julung kali dan tidak dapat dinafikan kehadiran DJ Aus dan Dj Syah menyemarakkan lagi persahabatan di antara pengantara radio secara “online”.  Pihak serifm merangka untuk membuat lawatan ke USIMFM dan PutraFM selepas ini. Tunggu makluman yang selanjutnya di web komersial serifm