Skuad ke majlis persandingan Dj Ain Razale
27 Dis 2009 -Skuad sembang serifm berkesempatan menghadiri majlis yang diadakan oleh Dj Ain Razale dan Suami Mohd Izuan bertempat di Dewan orang ramai Kampung Cheneh yang jaraknya kira-kiara 19 km dari Jelebu. Skuad diketuai oleh En Yahya Yusuf berkumpul seawal jam 12 tenghari di pejabat pengurusan YHSeri yang merupakan konti ke-2 SeriFM. Kira-kira jam 1:00 pm skuad telah sampai di lokasi majlis.

Dj Abnor menyumbang suara semasa majlis persandingan DJ Ain
Kedua mempelai tiba di lokasi kira-kira jam 1:45 petang dah disambut dengan paluan kompang dan terus bersemayam di atas pelamin yang serba indah. Ramai sanak saudara dan waris terdekat yang hadir di majlis berkenaan dan suasana meriah dirasakan dengan kehadiran Datuk Yunus Rahmat, ADUN Kelawang merangkap Ahli Mesyuarat.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran ahli waris negerifm yang sempat mendendangkan beberapa buah lagu untuk kedua mempelai. dj Abnor pula sempat menyumbangkan sebuah lagu untuk para tetamu yang hadir khususnya buat pengantin yang diraikan.
Kami bagi pihak skuad serifm mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Dj Ain dan suami kerana sudi menjemput kami ke majlis yang diadakan. Sekalung tahniah daripada kami skuad kepada kedua mempelai dan izinkan kami mengutuskan serangkap pantun
- Pergi ke bendang membawa tampi
- Tampi disusun berikat-ikat
- Tertunai sudah ikatan janji
- Semoga kekal dunia akhirat
| Print article | This entry was posted by admin on December 31, 2009 at 3:34 pm, and is filed under Aktiviti, Featured. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |







