Kini Dj Gadiz akan menemani anda pada setiap malam minggu bermula pada 31hb Oktober 2009 iaitu segmen baru yang diberi nama “Aku Bukan Superstar“. Segmen yang diperkenalkan oleh SeriFM ini akan cuba mengenengahkan bakat-bakat terpendam para pendengar yang sudah pastinya “bukan superstar” untuk turus sama menyumbangkan bakat nyanyian mereka. Kami mengalu-alukan kiriman rakaman nyanyian anda, keluarga, rakan-rakan atau sesiapa saja yang anda rasa berpotensi untuk di ketengahkan melalui siaran radio SeriFM. Sila hantarkan rakaman anda itu ke email gadis_melayu@sweetalia.com atau ke djgadiz@yahoo.com. Kami sentiasa mengalu alukan sumbangan anda untuk memeriahkan segmen ini. Anda mungkin “bukan superstar” tapi andalah Superstar untuk segmen ini.